2.27.2009

KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN - DESIGN A

Image Hosted by ImageShack.us

Material & Cetakan

Kulit:
Recycle Board Quartz 220 Gram (bergantung kepada stok kertas)

Cetakan: Cetakan Timbul (Blind Embossed) & Cetakan Emas atau Perak (Hot Stamping)

Isi Kandungan: White Simili Paper 80 Gram
Cetakan: 1 Warna - Hitam

Harga Kad

300 Keping Kad & Sampul = RM550 @ 1.83 per pc
400 Keping Kad & Sampul = RM650 @ 1.63 per pc
500 Keping Kad & Sampul = RM750 @ 1.50 per pc


LATIFI AMIR ABDUL KADIR

latifiamir@hotmail.com
+013.8210843


Image Hosted by ImageShack.us

REKAAN FONT UNTUK KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN

.
Ini adalah sebahagian dari contoh-contoh rekaan font yang boleh anda tempah. Ianya direka untuk kesesuaian tema kad yang anda pilih. Ia mempunyai pelbagai tema dari tema moden, klasik dan tradisional.
Image Hosted by ImageShack.us

LATIFI AMIR ABDUL KADIR
latifiamir@hotmail.com
+013.8210843


Image Hosted by ImageShack.us

HIMPUNAN AYAT-AYAT SUCI TENTANG PERKAHWINAN

Image Hosted by ImageShack.us


01. Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

02. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

03. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

04. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

05. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

06. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

07. Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu. (An-Nissa: 23)

08. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)

09. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

10. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

11. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

12. "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

13. "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

14. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).

15. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.

16. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."

17. Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."

18. "Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

19. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

20. "Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)

21. "Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Ada di antara ayat-ayat di atas yang boleh disertakan di dalam isi kandungan kad jemputan perkahwinan. Ia boleh dipilih mengikut kesesuaian citarasa anda.

LATIFI AMIR ABDUL KADIR
latifiamir@hotmail.com
+013.8210843


Image Hosted by ImageShack.us

SOALAN LAZIM TENTANG KAD PERKAHWINAN

.
1. MENGAPAKAH KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN SANGAT PENTING UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN?

Kad Jemputan adalah cara untuk memberitahu saudara-mara, rakan-rakan dan tetamu tentang majlis yang akan dilansungkan.

Kad yang cantik adalah gambaran pertama terhadap majlis yang bakal dilansungkan. Tidak dapat dinafikan kad yang cantik juga akan membangkitkan rasa terpesona di hati para jemputan dan seterusnya membangkitkan keinginan untuk mereka hadir ke majlis tersebut. Perlu diingatkan bahawa kehadiran tetamu adalah penting kerana tanpa mereka majlis perkahwinan itu akan menjadi kurang meriah.

2. APAKAH CIRI-CIRI KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN YANG BAIK?

Kad jemputan perkahwinan yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri seperti rekaan yang asli dan unik. Layout yang menarik dari segi pemilihan warna, jenis huruf (font) dan jenis material kad yang bermutu.

Ada pengantin yang telah menetapkan tema tertentu misalnya tema perkahwinan mereka berwarna hijau, maka tema itu akan dimulakan dengan kad jemputan yang menampilkan warna hijau. Ada juga yang meletakkan tali emas, riben atau cetakan emas.

Kad jemputan yang baik akan menjadi panduan kepada tetamu majlis. Cetakan kad mestilah jelas tanpa sebarang kesalahan ejaan terutamanya pada nama pengantin, tempat, tarikh dan tempat majlis diadakan. Jika ada peta pula, ia mestilah jelas dan mudah untuk diikuti. Kad yang baik akan dijadikan cenderahati oleh tetamunya dan mungkin akan dijadikan rujukan di masa depan.

Image Hosted by ImageShack.us

3. APAKAH PERKARA YANG PERLU DIHINDARKAN SEMASA MEMBUAT KAD JEMPUTAN?

A. Terdapat pasangan pengantin yang hanya menjemput tetamu mereka dengan kad jemputan yang disalin dari mesin fotostat. Kad undangan yang dibuat secara sambil lewa seolah-olah menggambarkan majlis itu sendiri. Itu adalah pandangan pertama apabila pihak tetamu menerima kad yang dibuat secara ala kadar.

Perlu diingat kad jemputan yang yang baik cetakannya adalah sebagai tanda hormat kepada tetamu majlis tersebut. Malah terdapat juga tetamu yang datang ke majlis perkahwinan itu dengan menghulurkan sejumlah wang sumbangan. Soal untuk berjimat atau membazir tidak timbul kerana pasangan pengantin boleh menempah kad yang sederhana rekaannya dengan kos yang minima.

B. Pastikan tiada kesalahan pada ejaan termasuklah nama-nama penting, tarikh, tempat dan sebagainya.

C. Pastikan pihak pengantin mengedarkan kad jemputan lebih awal atau selewat-lewatnya seminggu sebelum majlis diadakan. Kad jemputan yang dihantar terlalu lewat akan menyebabkan tetamu itu tidak sempat membuat perancangan untuk hadir ke majlis tersebut. Selalunya ia terjadi kerana pasangan pengantin tidak membuat persediaan awal untuk menempah kad jemputan tersebut.

4. APAKAH YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH PELANGGAN UNTUK PEREKA MENGHASILKAN KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN?

Pelanggan dikehendaki untuk menyediakan isi kandungan untuk kad jemputan tersebut. Adalah lebih baik jika pelanggan menaip isi kandungan kad itu dengan menggunakan komputer dan diserahkankan kepada pereka. Pereka mempunyai banyak rekabentuk kad untuk dipilih. Jika pelanggan bersetuju untuk memilih sesuatu rekaan, proses menghasilkan kad akan dijalan dengan serta merta.

5. BERAPA LAMAKAH MASA YANG DIAMBIL UNTUK MENGHASILKAN KAD JEMPUTAN?

Biasanya pereka dan pencetak akan memastikan pelanggan mereka menempah sekurang-kurangnya 3 bulan lebih awal untuk menghindarkan sebarang masalah di saat-saat akhir. 2 minggu digunakan untuk proses membuat layout (mock-up kad) dan memastikan tiada sebarang kesalahan pada draf kad tersebut. 2 minggu digunakan untuk mencetak kad. Selepas itu pasangan pengantin masih mempunyai 2 bulan untuk mengedarkan kad jemputan untuk tetamu mereka.

6. BERAPAKAH MINIMUM TEMPAHAN KAD JEMPUTAN?

Sila pastikan anda membuat kiraan sebelum menempah kad supaya ia mencukupi untuk majlis tersebut. Cetakan minimum adalah 500 keping kad untuk pereka mendapat keuntungan dari perkhidmatan mereka. Sekiranya anda telah menempah 500 keping dan kemudian ia tidak mencukupi dan anda mahukan 100 keping lagi, maka tempahan kali kedua akan menjadi mahal kerana ia ditempah di dalam jumlah yang sedikit. 500 keping kad adalah jumlah yang ideal untuk sesuatu majlis perkahwinan. Biar lebih jangan kurang kerana lebihan kad tersebut boleh disimpan di dalam album perkahwian sebagai kenang-kenangan.

LATIFI AMIR ABDUL KADIR
latifiamir@hotmail.com
+013.8210843


Image Hosted by ImageShack.us

2.26.2009

TIPS UNTUK MENEMPAH KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN.

.
1. Mengutuskan Kad Jemputan adalah cara paling terbaik untuk memberitahu majlis perkahwinan anda. Membuat jemputan semakin mudah dengan adanya email, Facebook, SMS dan sebagainya. Namun kad jemputan masih menjadi pilihan utama kerana ia bersifat peribadi dan sebagai tanda hormat kita kepada tetamu yang dijemput.

2. Tempahlah kad perkahwinan yang terbaik mengikut kemampuan. Walaupun bajet tidak mengizinkan, namun berusahalah untuk menempah kad kerana perkahwinan mungkin berlaku hanya sekali di dalam kehidupan anda.


3. Kad jemputan adalah gambaran pertama tentang majlis perkahwinan anda. Kad jemputan yang bermutu akan membangkitkan keinginan tetamu untuk hadir ke majlis anda. Sebaliknya jika ia dibuat secara ala kadar, maka ia akan memberikan gambaran yang kurang elok kepada majlis perkahwinan anda.


4. Keluarkanlah sedikit perbelanjaan yang lebih untuk mendapatkan kad yang bermutu. Perlu dingatkan bahawa tetamu yang hadir bukan sahaja akan menyerikan majlis, malah ada yang datang dengan menghulurkankan sumbangan wang atau hadiah. Jadi adalah wajar bagi pihak pengantin menjemput mereka dengan cara yang paling baik iaitu dengan mengutuskan kad jemputan yang berkualiti.


Image Hosted by ImageShack.us

5. Kad perkahwinan sangat penting sama seperti pentingnya tempahan dewan perkahwinan, tempahan catering, khidmat kecantikan dan andaman, pakaian pengantin, tempahan pelamin, hiasan kereta, khidmat jurugambar dan khidmat penggambaran video.


6. Kebanyakan pasangan yang hendak menempah kad jemputan mungkin tidak pernah mempunyai pengalaman berurusan dengan pereka atau pencetak kad perkahwinan. Kadangkala mereka terlalu naïf dan menyerahkan segala urusan kepada orang tua atau adik beradik mereka.


Citarasa pasangan tersebut mungkin berbeza dengan citarasa orang tua mereka. Ini akan menyebabkan pasangan tersebut tidak berpuas hati kerana tidak menepati citarasa mereka. Jika pasangan tersebut yang membayar kos pencetakan, maka sepatutnyalah mereka menentukan jenis kad yang mereka inginkan. Namun pandangan orang tua mereka patut juga diambil-kira.


7. Buatlah sedikit ‘homework’ sebelum anda menyerahkan bulat-bulat kepada pereka untuk mereka kad anda. Banyak laman-laman web yang menyediakan visual kad-kad jemputan yang menarik. Anda boleh mencetak contoh-contoh kad dari laman web tersebut dan bertanya kepada pereka kad samada idea-idea tersebut boleh digunakan selagi ia tidak menyalahi peraturan hakcipta. Antara laman-laman web yang menarik untuk dikunjungi adalah seperti berikut:


http://www.weddingthings.com/wedding_invitations.htm
http://www.invitationconsultants.com/index-wedding.aspx

7. Anda juga boleh menentukan tema yang anda inginkan untuk keseluruhan majlis perkahwinan anda. Misalnya jika anda memilih tema warna perak (pakaian atau pelamin) sebagai warna tema perkahwinan, anda boleh memberitahu pereka kad untuk menyesuaikan tema tersebut di dalam kad perkahwinan anda.


8. Tanya, tanya dan tanya. Bertanyalah banyak soalan kepada pereka atau pencetak tentang kad yang anda inginkan. Mereka dengan rela hati akan menasihati anda apa yang boleh dilakukan dan begitulah juga sebaliknya. Seperti seorang arkitek, mereka tahu bagaimana hendak membina sebuah bangunan. Begitu juga dengan seorang pereka, mereka tahu apa yang patut dilakukan untuk mencipta kad yang cantik. Dengan bertanyakan banyak soalan, sebarang kekeliruan akan terjawab.


9. Ingatlah tidak semestinya kad yang dicetak dengan kos yang murah itu tidak cantik dan tidak semesti kad yang mahal itu juga akan cantik penampilannya. Kad yang baik dapat dilihat melalui faktor-faktor berikut:


A. Kertas yang bermutu.

B. Pemilihan layout yang unik.
C. Pemilihan warna yang menonjol samada cetakan offset atau cetakan emas (hot stamped).

D. Pemilihan font (huruf) yang cantik dan mudah dibaca.

E. Cara pengolahan kad yang kreatif samada dari segi layout, cetakan, lipatan atau ikatan riben.

F. Tiada sebarang kesalahan pada ejaan kad terutama pada nama, tarikh, tempat dan sebagainya.

G. Sampul kad yang bermutu.

H. Anda akan menyedari bahawa kad anda cantik jika rakan-rakan memuji tentang keunikan kad anda.


10. Mintalah contoh-contoh kad atau katalog dari pereka atau pencetak. Dari contoh-contoh itu, anda akan mendapat gambaran samada pereka itu berwibawa atau tidak. Tanyakan juga jenis-jenis kad dan harga kad-kad tersebut.

11. Selalunya pereka atau pencetak akan meminta 50% wang pendahuluan setelah anda bersetuju untuk menggunakan khidmat mereka. Pastikan pereka kad memberikan draf kad jemputan terakhir (tiada lagi sebarang kesalahan pada ejaan dan sebagainya) sebelum anda menjelaskan wang pendahuluan itu.

12. Tempahlah kad mengikut jumlah tetamu yang ingin anda jemput. Cetakan kad yang lebih adalah lebih baik daripada cetakan kad yang kurang. INGAT! Cetakan semula dalam kuantiti yang sedikit akan menyebabkan anda perlu membayar harga yang lebih. Malah ada pencetak yang tidak mahu mencetak dalam kuantiti yang sedikit kerana tiada keuntungan yang diperolehi.


BAYANGKAN SITUASI INI: Perbezaan mencetak 500 keping kad dengan 600 keping kad mungkin hanyalah 10 minit. Jika anda menempah 500 keping kad dan tiba-tiba anda menyedari bahawa anda memerlukan 100 kad lagi. Cetakan kali kedua sebanyak 100 keping kad akan menjadi mahal kerana pencetak perlukan masa untuk membuat set-up pada mesin pencetak seperti meletakkan plate, kertas, dakwat, memotong kertas dan sebagainya. Anda akan menjimatkan banyak masa dan wang jika anda menempah 600 kad pada permulaannya. Tentukan jumlah tetamu jemputan sebelum anda menempah kad.


13. Tempahlah kad perkahwinan secepat yang mungkin sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum majlis perkahwinan diadakan. Masa 2 bulan itu termasuklah:


A. 2 minggu untuk perbincangan konsep dan rekaan oleh pereka.
B. 2 minggu untuk melakukan pembetulan seperti membetulkan kesalahan ejaan dan sebagainya.
C. 1 minggu untuk menerima sebutharga cetakan dan proses cetakan dilakukan selepas itu.
D. Selepas itu anda masih punya masa lebih dari 1 bulan untuk mengedarkan kad-kad jemputan anda.


14. Simpanlah kad jemputan sebagai kenang-kenangan. Anda juga boleh meminta jurugambar perkahwinan untuk merakamkan gambar kad tersebut untuk dimuatkan di dalam album perkahwinan. Selitkan kad jemputan pada mukasurat pertama album perkahwinan anda untuk tatapan di masa akan datang.


15. Majlis perkahwinan pasti berlalu hanya 3 perkara yang boleh mengingatkan anda pada majlis tersebut iaitu Kad Jemputan, Album Perkahwinan dan Tayangan Video. Berilah perhatian kepada ketiga-tiga perkara tersebut.


LATIFI AMIR ABDUL KADIR
latifiamir@hotmail.com
+013.8210843


Image Hosted by ImageShack.us

2.05.2009

MUKADIMAH & PENGENALAN KAD JEMPUTAN CAHAYAKAD

1. Setiap pasangan pengantin inginkan yang terbaik sahaja untuk majlis perkahwinan mereka. Segala persiapan diatur rapi untuk memeriah hari bersejarah mereka sebagai Raja Sehari. Seringkas manapun majlis tersebut, pasangan pengantin masih memerlukan kelengkapan untuk persandingan seperti pakaian pengantin, andaman, jamuan, bunga telur, fotografi dan sebagainya.

2. Kad jemputan adalah salah satu perkara yang perlu diambilkira di dalam majlis perkahwinan. Ia adalah cara paling mudah untuk memberitahu para tetamu tentang majlis perkahwinan tersebut. Di dalam kad tersebut segala data-data tentang majlis perkahwinan akan dihebahkan seperti nama pasangan pengantin, tarikh, tempat, masa, aturcara majlis dan juga peta tempat majlis tersebut diadakan.

3. Kad jemputan yang menarik dan berkualiti akan memberikan gambaran dan imej yang baik terhadap majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan. Para tetamu akan merasa dihargai sekiranya bakal pengantin mengutuskan kad jemputan yang menarik dan ia akan membangkitkan keinginan mereka untuk hadir ke majlis tersebut.

Image Hosted by ImageShack.us

Kami di CahayaKad ingin turut serta untuk memeriahkan majlis perkahwinan anda. Oleh kerana itu, kami menawarkan perkhidmatan merekabentuk kad jemputan perkahwinan. Anda akan mendapati bahawa rekaan kad jemputan kami asli dan berkualiti serta mampu dimiliki pada kadar harga yang berpatutan. CahayaKad akan memastikan setiap perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pelanggan adalah setimpal dengan kualiti kad yang ditempah.

Untuk memastikan kepuasan di pihak pelanggan dan CahayaKad, dibawah ini adalah beberapa langkah mudah yang perlu diikuti untuk menempah kad-kad kami.

LANGKAH 1. Pelanggan dikehendaki menempah kad jemputan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan diadakan. 2 minggu diperuntukkan untuk pelanggan menyediakan teks jemputan perkahwinan. CahayaKad akan menyediakan layout (mock-up) untuk rujukan pelanggan. Pelanggan pula dikehendaki memeriksa layout untuk memastikan tiada kesalahan pada ejaan. 2 minggu diperuntukkan untuk cetakan. Pelanggan masih punya masa selama 2 bulan untuk mengutuskan kad jemputan untuk para tetamu undangan.

LANGKAH 2. Kadar minimum tempahan ialah 500 keping kad. Jumlah dibawah 500 keping akan menyukarkan pihak kami untuk membuat sebarang keuntungan.

LANGKAH 3. Setelah pelanggan bersetuju untuk menempah kad jemputan CahayaKad, mereka akan diminta untuk mengisi Borang Butiran Majlis Perkahwinan yang akan memberitahu data-data tentang majlis perkahwinan tersebut seperti nama pengantin, nama ibu dan bapa, tarikh, tempat, masa, nama-nama al-wakil dan pemangku kerja dan aturcara majlis. Bagi pelanggan di luar kawasan Kuching, mock-up kad akan dihantar melalui perkhidmatan Pos Laju.

LANGKAH 4. CahayaKad akan menyediakan Visual dan Artwork kad tersebut mengikut data-data yang telah diberikan. Untuk mengelakkan sebarang kesilapan, kelewatan dan kos yang lebih, pelanggan dinasihati untuk meneliti setiap ejaan terutamanya nama, tempat, tarikh, masa dan lain-lainnya sebelum menandatangani Borang Tempahan.

LANGKAH 5. Borang Tempahan akan diisi oleh pelanggan sebelum proses percetakan dilakukan. Pelanggan akan memberitahu spesifikasi kad yang ingin ditempah seperti kualiti kertas dan kad, rekabentuk, jumlah keping kad, harga dan sebagainya.

LANGKAH 6. 50% daripada kos keseluruhan kad jemputan akan dibayar oleh pelanggan sebagai wang pendahuluan ketika mereka menyerahkan Borang Tempahan kepada CahayaKad.

LANGKAH 7. Baki kos keseluruhan kad jemputan tersebut mestilah dibayar oleh pelanggan semasa penghantaran kad dilakukan. Penghantaran melalui perkhidmatan Pos Laju akan ditanggung oleh pihak Pelanggan.

Rekaan kad jemputan CahayaKad adalah Hak Cipta Terpelihara dan tidak boleh ditiru tanpa kebenaran bertulis.

LATIFI AMIR ABDUL KADIR
latifiamir@hotmail.com
+013.8210843



Image Hosted by ImageShack.us