2.05.2009

MUKADIMAH & PENGENALAN KAD JEMPUTAN CAHAYAKAD

1. Setiap pasangan pengantin inginkan yang terbaik sahaja untuk majlis perkahwinan mereka. Segala persiapan diatur rapi untuk memeriah hari bersejarah mereka sebagai Raja Sehari. Seringkas manapun majlis tersebut, pasangan pengantin masih memerlukan kelengkapan untuk persandingan seperti pakaian pengantin, andaman, jamuan, bunga telur, fotografi dan sebagainya.

2. Kad jemputan adalah salah satu perkara yang perlu diambilkira di dalam majlis perkahwinan. Ia adalah cara paling mudah untuk memberitahu para tetamu tentang majlis perkahwinan tersebut. Di dalam kad tersebut segala data-data tentang majlis perkahwinan akan dihebahkan seperti nama pasangan pengantin, tarikh, tempat, masa, aturcara majlis dan juga peta tempat majlis tersebut diadakan.

3. Kad jemputan yang menarik dan berkualiti akan memberikan gambaran dan imej yang baik terhadap majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan. Para tetamu akan merasa dihargai sekiranya bakal pengantin mengutuskan kad jemputan yang menarik dan ia akan membangkitkan keinginan mereka untuk hadir ke majlis tersebut.

Image Hosted by ImageShack.us

Kami di CahayaKad ingin turut serta untuk memeriahkan majlis perkahwinan anda. Oleh kerana itu, kami menawarkan perkhidmatan merekabentuk kad jemputan perkahwinan. Anda akan mendapati bahawa rekaan kad jemputan kami asli dan berkualiti serta mampu dimiliki pada kadar harga yang berpatutan. CahayaKad akan memastikan setiap perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pelanggan adalah setimpal dengan kualiti kad yang ditempah.

Untuk memastikan kepuasan di pihak pelanggan dan CahayaKad, dibawah ini adalah beberapa langkah mudah yang perlu diikuti untuk menempah kad-kad kami.

LANGKAH 1. Pelanggan dikehendaki menempah kad jemputan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan diadakan. 2 minggu diperuntukkan untuk pelanggan menyediakan teks jemputan perkahwinan. CahayaKad akan menyediakan layout (mock-up) untuk rujukan pelanggan. Pelanggan pula dikehendaki memeriksa layout untuk memastikan tiada kesalahan pada ejaan. 2 minggu diperuntukkan untuk cetakan. Pelanggan masih punya masa selama 2 bulan untuk mengutuskan kad jemputan untuk para tetamu undangan.

LANGKAH 2. Kadar minimum tempahan ialah 500 keping kad. Jumlah dibawah 500 keping akan menyukarkan pihak kami untuk membuat sebarang keuntungan.

LANGKAH 3. Setelah pelanggan bersetuju untuk menempah kad jemputan CahayaKad, mereka akan diminta untuk mengisi Borang Butiran Majlis Perkahwinan yang akan memberitahu data-data tentang majlis perkahwinan tersebut seperti nama pengantin, nama ibu dan bapa, tarikh, tempat, masa, nama-nama al-wakil dan pemangku kerja dan aturcara majlis. Bagi pelanggan di luar kawasan Kuching, mock-up kad akan dihantar melalui perkhidmatan Pos Laju.

LANGKAH 4. CahayaKad akan menyediakan Visual dan Artwork kad tersebut mengikut data-data yang telah diberikan. Untuk mengelakkan sebarang kesilapan, kelewatan dan kos yang lebih, pelanggan dinasihati untuk meneliti setiap ejaan terutamanya nama, tempat, tarikh, masa dan lain-lainnya sebelum menandatangani Borang Tempahan.

LANGKAH 5. Borang Tempahan akan diisi oleh pelanggan sebelum proses percetakan dilakukan. Pelanggan akan memberitahu spesifikasi kad yang ingin ditempah seperti kualiti kertas dan kad, rekabentuk, jumlah keping kad, harga dan sebagainya.

LANGKAH 6. 50% daripada kos keseluruhan kad jemputan akan dibayar oleh pelanggan sebagai wang pendahuluan ketika mereka menyerahkan Borang Tempahan kepada CahayaKad.

LANGKAH 7. Baki kos keseluruhan kad jemputan tersebut mestilah dibayar oleh pelanggan semasa penghantaran kad dilakukan. Penghantaran melalui perkhidmatan Pos Laju akan ditanggung oleh pihak Pelanggan.

Rekaan kad jemputan CahayaKad adalah Hak Cipta Terpelihara dan tidak boleh ditiru tanpa kebenaran bertulis.

LATIFI AMIR ABDUL KADIR
latifiamir@hotmail.com
+013.8210843



Image Hosted by ImageShack.us

No comments:

Post a Comment